Saturday, April 24, 2010

Jangan besedih

Salam..

Jangan berdukacita dan jangan pedulikan apa yang orang buat..inilah entry sy kali ni..entri ni sy ambil dari sebuah buku yang berunsurkan motivasi dari Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni...

Bagaimanapun mereka tidak mempunyai kekuasaan untuk mendatangkan mudarat, manfaat, kematian dan hidup kepada anda.Mereka juga tidak dapat membangkitkan anda semula dari kuburdan tidak pula dapat memberi pahala serta seksa.

Madah Pujangga 1;

" Orang yang sennag mempedulikan perilaku orang, ia akan mati dalam gelisah, sedangkan orang yang gagah berani akan mencapai kenikmatan"

Madah Pujangga 2;

"Sesiapa suka mempedulikan orang lain, ia akan gagal mencapai bahagia sedangkan orag yang gagah berani akan berjaya mencapai kebaikan"

Ibrahim b. Adham berkata: "Kami hidup dalam suasana yang jika para raja itu tahu nescaya mereka akan menebas kami dengan pedang mereka"

Ibn Taimiyyah berkata: " Di dalam hati biasanya terlintas suatu keadaan. Iaitu yang jika kukatakan begini: 'sekiranya para penghuni syurga hidup seperti kami maka mereka akan hidup senang'. Dia juga telah berkata, ' di dalam hati ini selalu muncul suasana di mana hati berdndang ria, iaitu ketika brgembira kerana mengingati Allah dan kehangatan hubungan dengan-NYA.'

Dalam kesempatan lain, ia juga berkata : " ketika dijebloskan ke penjara, dan tidak lama kemudian warden penjara mengunci pintunya, aku seperti mendengar firman Allah:

" diadakan di antara mereka ( yang beriman dan yang munafiq itu) satu tembok yang mmepunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), dan diseblah luarnya dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa."
(Surah Al- Hadid: 13)

Di dalam penjara itu, ia berkata : " Apa yang boleh dilakukan musuh-musuh itu kepada ku? syurga dan taman ku ada di dalam dadaku. Ke mana pun aku berjalan maka kedua-duanya terus bersama ku. Biarpun aku dibunuh makan itu adalah kematian sebagai syahid, biarpun dihalau dari negara asalku maka itu adalah perkelahan, dan penjara adalah tempatku menyendiri."

Adakah yang akan diperoleh orang sudah kehilangab Allah dari dalam dirinya? Dan apaka yang sepatutnya dicari oleh orang sudah menemukan Allah dalam dirinya? Antara yang pertama dan kedua, tidak akan sama.Orang kedua akan mendapat seglanya, dan orang pertama akan kehilangan segalanya...

0 comments:

Post a Comment